Kelas pagi ni rasa berat nak pergi..kaki pun lemah gemalai melangkah..mengantok faktor paling kuat untuk tidak ke kuliah...oleh kerana ilmu itu penyuluh hidup, saya lantas bangkit menguatkan semangat diiringi harapan ibu bapa...kuliah hari ini benar-benar menguji kesabaran saya..sepanjang kuliah saya terpaksa menjawab pelbagai soalan daripada sahabat disebelah..rasa geram pula pabila dia mengganggu konsentrasi saya untuk kushyuk memahami pelajaran hari ini..rasa hendak beralih ketempat lain tapi tak sampai hati pula ingin meninggalkan sahabat saya..akhirnya saya berjaya juga mengatasi sahabat saya itu dan menjawab segala persoalan di benak fikirannya tetapi mungkin itu jugalah kali pertama dan terakhir saya dengan sukarelanya duduk bersebelahan dengannya..
Menantu Pilihan
1 day ago




0 comments:
Post a Comment