BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 1, 2009

Berpegang pada janji

Alhamdulillah...saya masih berkesempatan untuk mengikuti usrah yang sudah menjadi rutin saya sebagai mahasiswi institusi pengajian tinggi...walaupun kehadiran ahli jemaah pada hari itu tidak seperti biasa,namun itu bukan satu kekangan bagi ahli jemaah yang lain untuk terus duduk bersama dan membincangkan hal umat disamping memberi peringatan kepada diri kami sendiri..

Apa yang menarik perhatian saya untuk perbincangan kali ini adalah berkaitan sifat khianat yang harus dijauhi oleh individu yang bergelar islam.Malahan sifat ini juga ditegah dari mana-mana agama pun... bila bersentuh tentang peribadi diri, sifat khianat ini cukup rapat dengan diri kita..mengapa saya berkata begitu? ini adalah kerana sifat khianat ini amat hampir dengan janji..kerna tidak mampu memegang satu janji, manusia lupa pada amanah yang diberi sehingga akhirnya sifat khianat menguasai diri..

Saya tidak perlu membawa satu pandangan yang jauh berikutan perkara ini berlaku kepada saya beberapa hari lepas..Dimana dalam suatu keadaan, saya meminta seorang sahabat merahsiakan sesuatu daripada orang lain..namun belum sempat sehari pun,rahsia itu telah terbongkar... Saya tidak marah cumanya yang membuatkan saya terkilan adalah kerana sahabat saya itu gagal menunjukkan kesetiaannya kepada saya, secara tidak langsung membuatkan saya tidak boleh mempercayai dia,dia juga gagal memegang amanah yang saya berikan.. Saya berfikir sejenak, hanya kerana gagal memegang sebuah janji runtuhlah kepercayaan dan hanya kerana sebuah janji tumbuh benih khianat.

Apapun semuanya berbalik kepada kekuatan iman individu itu sendiri.. Benteng keikhlasan dan kejujuran adalah senjata paling penting yang akan mengukur sejauh mana kita mampu memegang sebuah janji yang diamanahkan kepada diri kita...

0 comments:

Post a Comment