BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 3, 2009

Hidup Biar Berjasa

Ahlan Wasahlan...

Coretan kali ini saya tuju khas buat rakan seperjuangan yang masih bersama saya dalam meneruskan perjuangan bagi menyambung dakwah Rasulullah atau lebih tepat dapat saya katakan mereka inilah rakan jemaah saya..Hidup Biar Berjasa...

Hidup Biar Berjasa...
Saya tidak pernah menjangkakan akan bertemu dengan kata keramat ini.. Walaupun 'simple' tapi besar pembawakan kata-kata ini..Perjalanan hidup saya di kampus bermula dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)..Semester kedua saya menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi,tidak pernah terlintas untuk menyertai mana-mana jemaah berikutan saya tidak banyak terdedah dengan isu jemaah... Kali pertama mengenali PKPIM menerusi mentor saya...saya masih keliru dan masih tidak faham fungsi dan kehadiran saya di dalam PKPIM..

Setiap minggu, saya mengisi masa dengan menghadiri kuliah,tamrin,seminar ta'adib,bertemu dengan ilmuan-ilmuan yang berpengalaman,miftah dan sebagainya...kehidupan saya dikampus berbeza dengan rakan-rakan yang lain..Saya mula memahami konsep alawiyat, saya mula fahami budaya ilmu, saya mula fahami usrah... Semuanya berlaku secara berperingkat...

Walaupun banyak jemaah di Malaysia, saya memilih PKPIM bukan kerana keteguhan dan kekuatan ahli-ahli di dalamnya, bukan kerana gah namanya dan bukan kerana kata keramatnya..tetapi kerana budaya ilmunya, kerana pembawakannya dan yang paling penting saya mula melihat betapa besarnya sifat memperjuangkan islam oleh kakak dan abang PKPIM.. Saya tertarik kepada budaya 7 Pkpim yang pertama iaitu memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia..

Kemana sahaja saya pergi itulah yang menjadi keutamaan ahli jemaah PKPIM, setiap kali program itulah peringatan yang selalu di ucapkan buat adik-adik PKPIM... Kerana budaya itu jugalah saya mula merapati buku hadith, mula menyelak tafsir al-quran, mula berdiskusi bersama rakan-rakan..Namun tidak mudah jika keredhaan Allah tidak mengiringi saya... Kehadiran saya sebagai jemaah PKPIM di sambut baik oleh semua ahli walaupun saya tidak sehebat mereka, tidak setinggi ilmu mereka, tidak sekuat mereka... itulah kesederhanaan yang saya temui di dalam jemaah PKPIM...

Buat teman seperjuangan..jangan putus harapan untuk meneruskan apa yang telah kita mulakan..walaupun kita masih lemah dalam pelbagai sudut, teruskan belajar,mengajar dan diajar kerana dengan cara itu kita dapat mempertingkatkan kekuatan kita..Walaupun kita tidak ramai dan ahli silih berganti, jangan jadikan itu suatu kekangan yang menutup perjuangan kita..

HIDUP BIAR BERJASA...

0 comments:

Post a Comment