Hampir 2 minggu saya tidak menjelajah ruangan blog ini.Mungkin terlalu banyak kerja yang lebih penting perlu diuruskan.Alhamdullillah,hari ini sempat juga saya menjenguk..
Bercerita untuk program hujung minggu lepas..
Alhamdulillah,saya dapat meluangkan masa bersama ahli jemaah pada sabtu dan ahad lepas. Saya masih berpeluang mengikuti program berbentuk ilmiah yang dah lama juga saya tinggalkan perihal sem ini saya banyak kerja kursus dan tugasan kelas. Mendapat jemputan daripada Kak Maryati, saya keberatan pada mulanya kerana masih ada kerja kursus yang belum sempat saya siapkan. Teringat akan kata-kata Hasan Al-Banna ' tanggungjawab melebihi masa yang kita ada', ditambah pula dengan janji saya kepada Kak Maryati beberapa minggu yang lepas, 'kak, insyallah setelah semua urusan selesai, saya akan ikuti semula program PKPIM', saya bersetuju dan menyiapkan kerja saya lebih awal.
Tiba hari yang dijanjikan..
Alhamdulillah..kedatangan saya dan teman pada hari itu tidak sia-sia.Pada hari itu merupakan Sambutan Maulidur Rasul Perdana dimana ramai ulama dari Mesir, mufti besar Mesir, imam masjid negara berkumpul bersama di dalam suatu majlis yang memperingati Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..
Pengisian Program..
Sudah semestinya pengisian banyak tertumpu kepada kisah kehidupan Rasulullah..Sabda Rasulullah " Cintai Allah sebagaimana Allah memberi nikmat, Cintai Aku kerana Cinta kepada Allah, Cintai keluargaku kerana Cintakan Aku". Saya tertarik dengan bait-bait kata tersebut..Kadangkala kita sebagai umatnya, lupa akan tanggungjawab kita sebagai khalifah yang harus meneruskan perjuangan dan mewarisi tugas Rasulullah sedangkan baginda meninggalkan terlalu banyak khazanah ilmu.
Dalam Pengisian Mufti Besar Mesir Sheikh Profesor Dr. Ali Jummah.
-Allah menutup kepada seluruh risalah melainkan risalah Rasulullah
-Risalah itu kekal abadi
-Data ketegakkan sepanjang zaman
-Merupakan mukjizat risalah yang mengajak manusia dengan dalil yang benar, berpegang kepada satu hakikat, berpegang kepada Allah yang satu..
Mukjizat risalah yang dimaksudkan ialah Al-Quran..Jika direnung kembali, wasiat yang Rasulullah wariskan kepada kita sangat sempurna dan dijaga.Dijaga oleh Allah dalam tulisannya, bentukknya ini belum termasuk isi kandungan, syariat dan akhlak dalam Al-Quran itu.
Persoalannya..
-Mampukah kita mendalami Al-Quran sedangkan kita masih belum mengkhatamkan buku-buku kuliah?
-Mampukah kita menjaga wasiat Rasulullah ini sedangkan kita belum mampu menjaga hak kita sendiri?
-Bilakah ilmu Al-Quran ini akan diselami oleh kita sedangkan kita masih terleka?
Kalau hendak dikira, sampai bilapun persoalan sebegini tidak akan diselesaikan..Selagi kita ada kemahuan dan faham tugas dan peranan kita sebagai khalaifah, kita mampu menyelami segala isi Al-Quran, kita mampu mendalami apa yang dituntut oleh Allah,kita mampu menjadikan Al-Quran itu sebahagian hidup kita..kerana Al-Quran itu indah berbanding buku kuliah, indahnya mampu membuatkan kita lupa akan hak kita, indahnya sampai mampu membangkitkan kelekaan kita.
Moga mukjizat risalah ini menjadi teman kita dan tidak luput daripada mata-mata para khalifah..Insyallah..

0 comments:
Post a Comment