BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 14, 2009

Tarian oh tarian...

Seawal pagi saya sudah bangun untuk mengahadiri 'kelas tarian'...
kelas tarian??? aduh ini perkara yang paling saya lemah..perlu membuat sesuatu yang telah lama saya tinggalkan..Oleh sebab ini tugasan yang wajib dan terakhir bagi saya sebelum menjelang peperiksaan..saya akur pada peraturan dan perintah pensyarah...

Hampir sejam kami berfikir sehingga buntu dibuatnya...tarian apa yang nak ditarikan ni...isyk...benak-benak..."ha...kita buat tarian 60 an", suara-suara sumbang kedengaran..Fikiran saya sudah mula berputar,berpusing,berbelit...Argh...gaya 60-an?Aduh...susah ni... Baru sahaja dua minggu lepas kumpulan saya diberi tugasan untuk tarian india..kini tarian 60-an pula...lepas ni tarian apa,saya pun tak tahu..

Mulalah masing-masing menunjukkan kepakaran untuk menari sambil berlatar belakangkan muzik lagu 'malam pesta muda mudi'..biasalah sebagai ahli yang kaku menari..saya hanya setuju dan ikut sahaja gaya mereka..hehehe..Akhirnya terciptalah bermacam tarian zaman 60-an yang akan ditarikan pada hari khamis ni...Mudah-mudahan saya tidak menjadi ahli yang merosakkan tarian sahabat-sahabat saya pada hari tersebut...Usaha tangga kejayaan..Chayok!!!!

p/s: Terima kasih buat sahabat yang faham sikap dan perangai saya...bukan tak mahu menunjukkan bakat..tapi memang kaku dan tidak pandai menari...

0 comments:

Post a Comment