Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di seluruh Malaysia. Sedang sibuk sekolah diseluruh Malaysia meraikan hari guru, saya tertarik dengan satu isu yang perlu dilihat secara serius iaitu isu berkaitan guru. Rancangan televisyen 'Hello Maysia' mencetuskan satu idea kepada saya memulakan sebuah lagi coretan buat tatapan pembaca.
Salah seorang penonton memberikan komen, " guru-guru kini sudah tidak lagi mampu melahirkan generasi yang bebas daripada jenayah, sudah tidak mampu lagi menyediakan pelajar yang baik akhlak dan peribadi, guru-guru kini gagal mendidik masyarakat"
Saya yang tekun di depan kaca televisyen tersentap mendengar komen ataupun boleh saya katakan sebagai satu luahan daripada seorang individu yang prihatin terhadap isu ini. Saya tersentap bukan kerana marah atas apa yang diutarakan tetapi kerana saya juga turut merasa tempias atas kata-kata tersebut berikutan saya juga bakal guru. Saya berfikir sejenak...
" Mampukah saya mendidik generasi akan datang yang bakal menjadi peneraju utama kegemilangan Negara, mampukah saya membentuk anak didik saya dari segi akhlak dan peribadi mereka atau mungkin saya juga tersenarai dikalangan guru yang gagal mendidik anak bangsa?"
" sesungguhnya guru adalah pelita yang sentiasa menerangi hati nurani"
Jika kita renungkan bait kata-kata di atas, dapat saya simpulkan tugas dan peranan guru bukan sesuatu yang mudah. Cukupkah pelita-pelita itu menerangi hati nurani semua generasi yang mendambakan ilmu atau mungkinkah sudah cukup pelita-pelita itu menerangi hati nurani cumanya masih belum terbuka hati genrasi-generasi untuk mengamalkan apa yang diterima.
Guru bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai pendidik malah guru juga merupakan pengganti ibu bapa di saat anak-anak mereka menuntut di sekolah. Segala tenggungjawab dipikul oleh guru, baik darisegi tingkah laku, disiplin diri, ilmu dan sebagainya adalah dibawah tanggungjawab guru. Tidak dapat juga dinafikan ada segelintir guru yang masih gagal memikul amanah yang diberikan dengan sepenuh hati, namun saya yakin guru-guru akan memberikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka.
Jika dilihat dalam hal ini, beberapa faktor perlu diambil kira berkaitan masalah yang melanda pelajar sekolah. Gagalnya pelajar kini, bukannya silap guru seratus peratus. Faktor didikan ibu bapa dan faktor rakan sebaya juga perlu diambil kira berikutan pihak ini yang paling hampir dengan pelajar. Suka untuk saya katakan, didikan ibu bapa merupakan faktor yang paling penting yang perlu dilihat semula. Ini berikutan segalanya bermula dari rumah. Hadirnya guru hanyalah sebagai pelengkap kepada kekurangan didikan tersebut yang secara tidak langsung menjadikan pakej yang perlu ada pada seseorang pelajar itu lengkap.
Semoga pelita hidup terus mencurahkan bakti tanpa mengira penat dan lelah serta terus memartabatkan lagi profesion keguruan.. " Selamat Hari Guru"

hmm...dalam kita meniti hari mendatang, kadang-kadang terlupa akan mereka yang pernah mengajar kita A,B,C..1,2,3...
ReplyDeletebukan sahaja soal kelayakan yang perlu kita fikirkan,namun soal hati perlu dititikberatkan.
adakah para bakal guru dan guru setulus hati menerima kerjaya itu sebagai suatu amanah?
renung-renungkan..