BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 2, 2009

Pengalaman Terindah

Alhamdulillah..akhirnya saya berjaya mengharungi hari-hari getir peperiksaan yang biasa dialami semua pelajar IPTA dan IPTS sampai sahaja penghujung semester. Barulah rasa lapang dan berkesempatan menjenguk ruangan blog ini.. Banyak perkara yang berlaku pada saya bagi semester ini..Sedikit pengalaman ingin saya kongsikan bersama.. Masih tergiang-giang di telinga pabila mendengar kata-kata daripada seorang teman, "pengalaman pertama merupakan pengalaman terbaik yang pernah kita lalui", saya akur..

Beberapa minggu lepas saya diminta untuk membantu seorang teman untuk berpadu tenaga sebagai fasilitator di Institut Perguruan Ilmu Khas. Apa yang menghairankan,saya sedikit pun tidak diberitahu berkaitan program itu dan saya seharusnya menjadi fasilitator untuk apa?Sampai sahaja, saya diberitahu sedikit butir-butir tugasan. Menjadi fasilitator untuk Program Kursus Pemantapan Nuqaba? Subhanallah.... Saya mengucap panjang di dalam hati..

Bagi saya ini bukan program biasa, berikutan saya masih kurang pengalaman apatah lagi kebanyakan peserta sebaya saya..
Tiba hari yang dinantikan, saya masih kurang keyakinan diri. Setelah mendapat taklimat, barulah saya berasa lega sedikit. Bertemu dengan peserta dan pertama kali menjadi fasilitator, saya masih berasa gugup dan merasakan saya masih tidak layak memimpin mereka. Namun setelah memikirkan tanggungjawab yang diberikan harus dilaksanakan penuh amanah, saya meneruskannya.

Sambutan peserta amat menyenangkan. Kami berkongsi pendapat, bertukar idea, bercerita tentang pengalaman dan yang paling penting pendedahan berkaitan naqib dan naqiba kepada para peserta. Saya menggunakan segala pengalaman yang ada sewaktu menjadi peserta tamrin nuqaba. Alhamdulillah segala yang hendak saya kongsikan sampai kepada peserta. Saya juga bercerita sedikit berkaitan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang naqib dan naqiba, persediaan yang perlu dilakukan dan tentang usrah. " Apa yang kita perolehi daripada usrah tidak sama dengan apa yang kita perolehi di kuliah",itulah kata-kata yang masih saya ingat dan saya sampaikan kepada para peserta.


Saya juga memperolehi sesuatu di sana. Keyakinan merupakan senjata paling penting yang dapat membantu di saat kita merasakan diri kita paling lemah di antara manusia.. Itulah yang saya pelajari..Tanpa keyakinan yang ada, saya tak mungkin dapat memikul tanggungjawab yang diberikan dan sekaligus tidak berjaya memberikan sesuatu kepada peserta. Moga pengalaman ini menjadi satu lagi titik permulaan hidup saya..









Peserta Program Kursus Pemantapan Nuqaba 2009 : bakal guru-guru ilmu khas

0 comments:

Post a Comment