Alhamdulillah, setelah menghadiri program hujung minggu dan menyelesaikan semua tugasan yang diberikan pensyarah, saya mempunyai masa untuk meneruskan penulisan minggu ini.. Kesempatan ini saya gunakan bagi menyambung kisah 2: pertama dan terakhir...
Kejadian di Dewan Biru....
Pada pagi itu masih belum ramai pelajar yang datang untuk sama-sama menyertai saya menderma darah..mungkin mereka mengalami kekangan ataupun menghadiri kuliah pada waktu pagi.. Tanpa ditemani sesiapa ketika itu,saya memberanikan diri memasuki dewan biru..Al maklumlah, baru pertama kali menderma darah..semangat tentu berbeza dengan mereka yang dah berkali-kali menderma..saya lantas mengisi borang.
Setelah menimbang berat, melihat jenis darah...saya mendapat berita gembira daripada salah seorang kakitangan di situ.."oh adik cukup syarat dan di benarkan menderma"... Lega rasanya hati ini pabila mendapat berita gembira tersebut.. Sesi mengambila darah diteruskan..Walaupun mengalami sedikit kesakitan tetapi saya cuba bertahan. Setelah selesai saya berehat sebentar..
Bosan menunggu di situ..terlintas di hati ingin balik terus...saya keluar dari dewan biru...tiba-tiba satu rasa aneh menyelubungi saya...'aduh pening semacam je ni'...saya berehat sebentar di luar berikutan tidak mampu meneruskan perjalanan..dalam keadaan separuh sedar, seorang nurse di situ mengusung saya masuk semula..keadaan menjadi panik..saya di papah oleh dua orang nurse dan di beri rawatan...isyk malu-malu...waktu itu orang mulai ramai..dan ada pula yang sibuk hendak mengambil gambar..ingat ini adegan cemas dalam filem hindustan agaknya..nasib baik saya dalam keadaan mamai dan pandangan menjadi kabur..kalau tidak,habis jurukamera di situ..hehehe...
Namun keadaan kembali tenang pabila saya sudah mula melihat dengan jelas..jika saya pengsan di situ..mungkin menjadi kesukaran kepada nurse berikutan saya datang keseorangan..jika tidak terpaksalah mereka membuat kerja tambahan iaitu menunggu sehingga saya sedar..terima kasih kepada semua kakitangan yang berada di situ..pesanan buat nurse: jangan risau kerana kalian tidak akan bertemu saya pada semester hadapan berikutan ini merupakan kali pertama dan terakhir saya menderma darah...
Kata ibu," ha pandai sangat pergi sendiri tak ajak orang lain teman.....di ikuti pelbagai bebelan yang sebenarnya acuan kepada nasihat"... Namun saya amat bersyukur kerana berkesempatan membantu mereka yang lebih memerlukan..akhirnya hajat saya tercapai juga..Alhamdulillah...

P/S : Kadangkala kita sering merasa kita kuat dan mampu menempuh segalanya sendirian..namun kita lupa teguh dan sekuat mana pun kita,perancangan Allah itu lagi hebat dan kuat..
Surah Yassin ayat 82
Sesungguhnya perintahNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: " Jadilah!", maka terjadilah ia.
Surah Yassin ayat 82

0 comments:
Post a Comment