BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 22, 2009

Ukhwah Yang Hilang

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu'min berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah ALLAH; jika golongan itu kembali (kepada perintah ALLAH) maka damaikanlah antar keduanya dengan adil dan berlakulah adil. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang berlaku adil.
( Al Hujuraat : ayat 9)

Saya terfikir sejenak sejak bait terjemahan ayat ini dibacakan oleh AMIR sewaktu sesi usrah semalam. Ada sesuatu peristiwa yang masih lagi tiada penyelesaian di sebalik renungan ayat ini.. Bila membaca terjemahan ayat ini, saya teringat akan 3 orang sahabat yang kini berada dalam krisis salah faham. Bagaimana sesama mu'min turut berlaku keadaan seperti ini sedangkan mereka boleh membezakan antara baik dan buruk.. Seorang demi seorang saya nasihat. Kerana mereka saya hilang ukhwah yang saya rasa dari mula lagi menjejakkan kaki di gerbang universiti.

Pesanan saya...
"Antara persahabatan dan rasa marah yang dirasai, mana yang kalian sayang? Kalau ikutkan rasa marah, semua orang marah..tapi diri kita sahaja yang mampu menahan marah dan terpulang pada diri kita hendak membaiki persahabatan itu"

"Kawan kalian tu sakit..saya tak mahu sampai satu tahap kalian tak sempat untuk baiki persahabatan kita. Saya tak marah kalian nak berkawan dengan sesiapa, tapi kena pandai bezakan mana satu nasihat dan mana satu hasutan..saya merayu pada kalian bertiga, pulangkan apa yang kalian ambil daripada saya..Saya dah tak nampak ukhwah kita seperti dulu.saya sebak.."

"Kita sama-sama dah dewasa.Fikirlah sebaik mungkin demi kesejahteraan semua.Saya bagi masa untuk kalian baiki persahabatan ini. Jika tidak saya akan ambil mudarat yang paling kecil dan pabila saya membuat keputusan begitu, jangan mempersoalkan kenapa saya memilihnya"

Persahabatan itu ibarat tali yang kukuh..Jika kita tidak menjaganya semakin lama ia akan putus dan mengambil masa yang lama untuk baikinya..Jika diganti pun, tali yang baru itu belum tentu dapat menggantikan tali yang lama.. Saya tidak pernah meminta sahabat-sahabat saya menjadi seperti Rasulullah, Tapi cukuplah sekadar mencontohi akhlak Rasulullah.. Rasulullah itu lebih mulia dari kita, lebih merendah diri dari kita, lebih lembut dari kita, Namun mengapa kita perlu membatasi apa yang ada pada diri Rasulullah? Mengapa kita rela membiarkan keegoan menebal di hati? Mengapa kita tak mampu mengempukkan hati yang keras itu? Saya tak mampu memberi jawapan kepada soalan-soalan itu kerana jawapannya ada pada empunya diri masing-masing...

Pulangkan Ukhwah yang hilang.........

0 comments:

Post a Comment