Sudah setahun pilihan raya ke-12 berlangsung, bermacam-macam cerita di paparkan buat tatapan pembaca rakyat jelata. Tidak kurang cerita sinis, perebutan kuasa dan bermacam-macam lagi yang terjadi selepas PRU 12. Tsunami politik melanda Malaysia sehingga tiada penghujungnya. Lebih parah kredibiliti seorang mufti dirobek hanya kerana cuba meleraikan keadaan yang berlaku. Itulah fenomena politik kini. Oleh kerana ketamakan kuasa dan kepentingan diri, manusia lupa akan pegangan amar makruf nahi mungkar. Hanya kerana politik, manusia sesama islam sanggup bermusuhan hingga tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.
Parti politik kini bukan sahaja menjadi bualan orang atasan malahan pengaruh parti politik juga semakin menjalar di sekitar kampus IPTA/IPTS tanpa disedari. Namun begitu, perkara ini masih dianggap remeh oleh sesetengah pihak terutamanya mahasiswa. Mahasiswa kini keliru antara politituan yang ditubuhkan di k kampus dan parti politik. Jika dilihat secara kasar ianya seakan sama tetapi sebenarnya jauh berbeza. Dalam kemelut politik sekarang, sesetengah ahli politik menganggap, mahasiswa merupakan medan terbaik untuk mereka meluaskan pengaruh mereka. Sebenarnya perkara ini sering berlaku melalui persatuan-persatuan di kampus.
Mahasiswa alpa bahawa kewujudan parti politik di kampus sebenarnya memberi banyak pengaruh negatif. Ini berikutan, bukan mudah untuk mengharungi hidup dalam parti politik yang terlalu besar mehnah dan tribulasinya. Bukan mudah apabila mahasiswa mula terjebak ke dalam kancah politik. Lebih memudaratkan, mahasiswa mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar. Kewujudan parti politik di kampus bukan satu langkah yang baik bagi mahasiswa, ini berikutan sedikit sebanyak akan timbul isu perpecahan antara mahasiswa oleh sebab berlainan fikrah atau fahaman. Mahasiswa tidak perlu melihat terlalu jauh, cukup sekadar melihat apa yang berada di depan mata mereka.
Fenomena politik kini telah mengakibatkan ahli-ahli politik bermula dari orang atasan termasuklah pengikutnya, tidak boleh duduk di bawah satu bumbung yang sama. Oleh itu tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku jika kuasa parti politik mula merebak di sekitar kampus. Mahasiswa seharusnya peka dengan permainan politik yang berlaku di sekitar kampus. Ada segelintirnya tidak tahu menahu sejarah pertubuhan persatuan mereka yang sebenarnya bertapak di sebalik parti politik. Mahasiswa juga perlu mempersiapkan diri dari segi intelektual supaya tidak mudah tertipu dan terikut-ikut dengan penglibatan parti politik yang berlaku di sekitar kampus. Namun, tidak boleh di sangkal bahawa mahasiswa digalakkan mengambil tahu isu-isu berkaitan parti politik tetapi perlu berpada dan tidak merentasi tugasan mereka sebagai individu yang menuntut ilmu.
Sebenarnya tidak salah jika mahasiswa melibatkan diri dalam parti politik tetapi perlulah jelas dan faham setiap gerakan dalam parti politik tersebut. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dan bersedia sejurus sahaja melibatkan diri dalam parti politik. Kefahaman yang jelas sangat penting supaya mahasiswa tidak tersepit dalam mebuat keputusan akan datang. Bagi melibatkan diri dalam parti politik, seeloknya selepas mahasiswa tamat pengajian dan memilih jalan yang hendak dituju. Lantaran itu, ketelusan daripada bahagian pentadbiran kampus perlu adil dan tidak 'bius' dengan cuba menyerapkan parti politik ke dalam kampus. Ini berikutan, kemasukan parti politik di kampus sebenarnya bermula daripada pentadbiran atasan yang sebenarnya mengawal kemasukan parti politik. Jika pihak pentadbiran benar-benar telus dan tidak meletakkan sebarang agenda terhadap kampus itu, sudah pasti mahasiswa akan bebas daripada penglibatan dunia parti politik. Kuasa yang diberikan perlulah digunakan sebaik mungkin kerana tanggungjawab yang dipikul akan dipersoalkan suatu hari nanti

0 comments:
Post a Comment