Mungkin apa yang ingin saya ketengahkan kadangkala boleh mengguris hati mereka yang membaca..Namun sebenarnya ini sebagai satu pendekatan untuk saya mengajak para pembaca terutamanya penulis blog melihat isu ini sebagai sesuatu yang boleh difikirkan..
Sukanya saya menyentuh kebanyakan isu mahasiswa ataupun pelajar berikutan saya juga bergelar mahasiswa..Hujung minggu ini banyak saya habiskan melawat blog rakan-rakan yang ratanya merupakan penuntut IPTA/IPTS.. Namun apa yang mendukacitakan tatkala terlalu banyak sangat nukilan yang menyentuh berkaitan kehidupan peribadi yang tanpa disedari setiap isi yang diceritakan itu di baca oleh ramai individu. Kadangkala saya tersenyum membaca coretan teman-teman. Macam-macam ragam penulisan.. Bila menyentuh isu berkaitan mahasiswa..sudah tentu berkaitan dengan nilai ilmu dan tahap intelektual yang tinggi, ini berikutan mahasiswa kini bergelar modal insan yang bakal memberikan sesuatu kepada negara..
Namun apabila skop penulisan lebih tertumpu kepada hal peribadi, secara tidak langsung ini menunjukkan tahap nilai ilmu mahasiswa itu kurang berkembang. Mahasiswa seharusnya merenung jauh isu-isu yang lebih bermanfaat dan penting..Saya tidak menafikan kehidupan peribadi merupakan pengalaman yang paling menarik dan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia tetapi biarlah ianya menjadi sebuah album bagi diri sendiri ataupun individu yang lebih rapat. Mahasiswa seeloknya melihat isu yang lebih berfaedah yang boleh diketengahkan kepada para pembaca yang secara tidak langsung dapat bertukar fikiran dan menyampaikan sesuatu kepada pembaca.
Isu mahasiswa ketandusan idea bukanlah suatu isu yang lama dan boleh saya katakan di tahap kritikal bila mana isu ini pernah di bincangkan di corong radio IKIM.FM. Pelbagai faktor yang dinyatakan oleh pendengar sewaktu isu itu di bincangkan. Antaranya mahasiswa kurang peka dengan isu sekeliling dan sikap kurang ambil tahu menjadi punca mengapakah perkara sebegini terjadi. Tidak keterlaluan kalau saya katakan masih ada mahasiswa yang tidak tahu apa itu singkatan bagi PPSMI dan juga AUKU.
Saya masih mengingati peristiwa yang berlaku di kuliah sewaktu saya sampai. Saya ditertawakan oleh seorang rakan bilamana saya tidak tahu bahawa rancangan hiburan Gangstarz sudah habis ke penghujungnya. Dan pada hari yang sama isu AUKU hangat diperkatakan.. Pada pemerhatian saya, isu-isu yang tiada kepentingan langsung merupakan isu yang paling mendapat perhatian mahasiswa. Mungkin inilah rencah kehidupan mahasiswa yang lebih suka kepada nilai berbentuk hendonisme daripada nilai-nilai yang boleh membawa kepada peningkatan kehidupan sesebuah tamadun.
Seharusnya mahasiswa sudah mula mengorak langkah bukan untuk orang lain tetapi untuk kemajuan diri sendiri. Berjinak-jinaklah dengan keadaan sekeliling dan cuba membuka minda anda luar dari kehidupan seharian..Jadikan ilmu sebagai pendorong kepada kehidupan dan buktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa juga mampu menyumbangkan sesuatu buat tatapan generasi akan datang.

0 comments:
Post a Comment