BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 8, 2009

Al-Quran : Sejauhmana penghayatan kita



" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuah darah beku, Bacalah dan Tuhan mu yang maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. "

Surah Al-Alaq : 1 - 5

Peristiwa nuzul quran merupakan satu rakaman sejarah dalam kehidupan Rasulullah secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang kita gunakan sehingga kini. Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada 17 Ramadhan, malam Jumaat. Dalam sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W, surah AL-ALaq merupakan ayat AL-quran pertama yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan malaikat Jibril. Secara umumnya Al-quran merupakan tinggalan Rasulullah kepada umatnya selain daripada hadis. Al-quran merupakan pegangan hidup dan panduan kepada semua umat manusia. Jika kita terleka dan alpa untuk menelaah dan memahaminya maka secara tidak langsung akan membawa fahaman kita lebih tersesat jauh.

Bila ditanya mengenai Al-quran, rata-ratanya memberi pendapat Al-quran itu seharusnya menjadi pegangan kita sebagai hamba Allah. Persoalan di sini ialah, adakah kita benar- benar merujuk Al-Quran tatkala kita menghadapi sebarang masalah tidak kira dalam isu berkaitan hal umat, politik, ekonomi dan sebagainya. Dalam konteks keadaan semasa, penggunaan Al-Quran sebagai bahan rujukan utama semakin berkurangan ini berikutan manusia lebih melihat aspek lain sebagai pegangan mereka. Percaya kepada idea manusia semata-mata tanpa melihat kepada bukti yang kukuh menjadikan manusia kadangkala silap membuat keputusan. Seharusnya AL-Quran itu dijadikan sebagai satu rujukan yang boleh dilaksanakan dalam apa-apa isu sekalipun tetapi perlulah berperingkat.

Setiap di kalangan kita membaca al-quran, namun bagaimanakah kita ingin membenarkan ayat-ayat yang dibaca oleh kita setiap hari. Oleh itu, dalam pembacaan Al-Quran, seharusnya kita juga mempraktikkan apa yang telah kita baca. Ini berikutan tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam setiap isu kandungan AL-Quran. Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Dalam konteks zaman kini, penghayatan manusia dalam menghayati sejarah Nuzul Quran terlalu kurang berikutan kurangnya inisiatif untuk menghayati peristiwa yang berlaku dalam sirah Rasulullah disamping terlalu sibuk dengan kehidupan seharian. Sambutan Nuzul Quran juga tidak sehebat sambutan hari kemerdekaan, sambutan tahun baru dan sambutan yang lain. Mengapakah menjadi sedemikian rupa? Tepuk dada tanya selera.

Oleh itu marilah kita sama-sama bangkit dan bermuhasabah diri supaya kita sebagai manusia tidak alpa dengan apa yang telah Alah berikan. Seharusnya kita sudah mula melakukan transformasi terhadap pemikiran kita dan cuba mentaddaburkan setiap apa yang tercatit di dalam Al-Quran supaya kita sama-sama dapat menghayati setiap apa yang disampaikan oleh Allah S.W.T.

0 comments:

Post a Comment