Berjalan bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan yang
Diciptakan untuk mereka yang berfikir
Dan Bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaanNya
Nilai harganya
Iman dan taqwa
Melihat kebesaran Tuhan yang
Diciptakan untuk mereka yang berfikir
Dan Bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaanNya
Nilai harganya
Iman dan taqwa
Bagi hambanya setia...
Semangat terus membara tatkala lagu ini dimainkan.. Indah ciptaanNya tidak mampu digambarkan..hebatnya dan besarnya kekuasaan Allah s.w.t. Saya merasakan satu sentuhan indah pabila melihat keindahan kawasan sawah di Tanjung Karang.. Terdetik di hati " tak dapat ke kedah, Tanjung Karang pun bolehlah".....
Pendekatan program pada kali ini amat berbeza..masih ingat bicara seorang teman.."Kali ini kita benar-benar keluar dari kotak pemikiran"..Saya tersenyum tanda setuju.. Mengutamakan pendedahan turun ke lapangan menjadi objektif utama program kali ini.. Berbaloi tatkala merasakan orang lain pulang ke kampung bercuti bersama keluarga tetapi kami mengisi masa hujung minggu dengan program yang bermanfaat.
Seronok rasanya bilamana kita dapat mengenali kehidupan masyarakat di kampung yang rata-ratanya menjadikan sumber pendapatan utama ialah bertani. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk turun ke desa bagi mengkaji kehidupan penduduk di sana. Seperti biasa, orang kampung di sana ramah dan mesra. Tidak lokek untuk berkongsi cerita malahan mereka menyajikan kami minuman dan makanan. Walaupun pada waktu itu mereka sibuk bersiap untuk ke rumah saudara mara yang mengadakan kenduri, namun kedatangan kami di sambut mesra. Indahnya kehidupan di kampung ini, segalanya ada..Penduduk kampung tidak perlu bersusah payah untuk ke pasar mahupun pusat membeli belah untuk mencari barang keperluan.
Sayur-sayuran, buah-buahan, beras, semuanya ada di kampung.. Masih ingat bicara pak cik Zaini " Kami ni bercucuk tanam sebenarnya bukan untuk diri kami, tapi untuk generasi kami yang akan datang". Saya tersenyum..Mereka masih sempat memikirkan generasi akan datang..namun adakah generasi kini memikirkan mereka??? Banyak yang kami bicarakan di rumah Pak Cik Zaini. Namun ada sesuatu yang masih tidak saya lupakan sepanjang perbualan kami. " Kegiatan dakwah di kampung ni sudah tidak seperti dulu, kalau dulu kita rasa perjuangan dakwah itu, tapi sekarang dah kurang sebab tiada orang yang ingin menggerakkannya", raut wajah Pak Cik Zaini sedih dan hanya mampu tunduk.
Namun itulah realitinya. Kita kini ketandusan pemimpin yang mampu menjadikan Islam sebagai gerakan yang kuat dan memperjuangkan kegiatan Rasulullah di zaman dulu..Kita ketandusan anak muda yang boleh membawa dan memperluaskan kerja-kerja dakwah di zaman kini. Sambung Pak Cik Zaini " bila pak cik lihat anak-anak ni, pak cik teringat zaman muda pak cik. Macam nilah dulu kami lakukan. Rindunya pada zaman muda kami". Senyuman singgah di raut wajah Pak Cik Zaini.
Pak Cik Zaini yang sudah mencecah umur 50-an itu pun mampu melihat bahawa kerja-kerja dakwah makin berkurang..Adakah kita sendiri mampu melihat sepertimana yang di perhatikan Pak Cik Zaini? Tepu dada tanyalah selera....

ecece lagu hikmah kembara rupanya.
ReplyDeleterindu yang bertandang hanya mampu mengembalikan ingatan kepada sebuah kenangan silam.hargailah..