BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 3, 2009

Semangat Laskar Pelangi


mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

Saya pasti ramai pembaca yang tahu lirik lagu ini.. Laskar Pelangi... Saya sempat menonton ceritanya bersama teman-teman HAMKA sewaktu diskusi minggu lepas. Bijak pengarah menggarap cerita ini sehingga saya merasa setiap saat yang disampaikan adalah bermakna dan perlu diingat. Itulah semangat Laskar Pelangi yang menampilkan 10 orang kanak-kanak terus berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun hidup dalam serba kekurangan. Kegagalan bukannya suatu penghalang tetapi kegagalan adalah pembangkit kejayaan..

Kegigihan Cikgu Muslimah yang tidak pernah putus asa untuk mendidik anak-anak ini sehingga berjaya menjadikan saya sangat bangga dengan sikapnya sedangkan Cikgu Muslimah tidak meminta dan mengimpikan habuannya. Saya tertarik di saat Cikgu Muslimah benar-benar hampir berputus asa apabila hanya tinggal dia seorang sahaja yang menguruskan sekolah itu setelah seorang guru berpindah dan guru besar meninggal dunia. Besar sungguh dugaan yang diberikan kepada Cikgu Muslimah sehingga dia tidak sanggup untuk menemui anak-anak itu di sekolah. Namun hati seorang guru itu terus meruntunnya untuk membantu anak-anak itu berjaya.

"Hidup adalah untuk memberi sebanyaknya bukan untuk menerima sebanyaknya"..Itulah kata-kata terakhir yang di sampaikan oleh guru besar sebelum pergi meninggalkan mereka selamanya..Berbekalkan kata-kata itu, 10 orang murid di SD Muhammadiyah tidak berhenti untuk membantu Cikgu Muslimah. Mereka sentiasa mengingatkan antara satu sama lain bahawa ilmu itu adalah kunci kepada kejayaan. Saya terharu melihat semangat mereka. Kerana ilmu ada yang sanggup berulang-alik sejauh 20 km untuk ke sekolah.. Filem ini bukanlah filem kosong untuk tontonan masyarakat tetapi filem ini sarat dengan mesej yang bermakna. Semangat Laskar Pelangi memberi satu kekuatan kepada guru dan pelajar untuk terus mencorak langkah.

Ada sesuatu yang mengajar saya apabila menonton filem ini. Jangan berputus asa disaat satu persatu pejuang yang syahid meninggalkan anda keseorangan. Tetapi jadikan itu sebagai satu pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan. Jadilah seperti Cikgu Muslimah yang tidak pernah berputus asa disaat dia keseorangan..

Namun ada sesuatu yang saya kurang setuju apabila pengarah menjadikan Paris sebagai satu simbol kepada kejayaan yang dikecapi oleh salah seorang watak dalam cerita tersebut. Mengapa Paris menjadi pilihan pengarah? Saya sendiri masih mencari jawapannya..

P/S= Tontonlah filem ini kerana filem ini merupakan filem yang memberi banyak motivasi kepada mereka yang gagal. Anda akan rasai semangatnya..Tidak sabar untuk menunggu sambungan filem Laskar Pelangi..



0 comments:

Post a Comment