Alhamdulillah..baru hari ini dapat saya kongsikan pengalaman saya selama berada di Indonesia... Coretan yang ringkas sebagai satu perkongsian buat anda semua...
Disaat anak kecil itu mendambakan cinta dan perlindungan
Dugaan merentap harapan mereka
Mereka kebingungan
Lantas mereka bertanyakan kebimbangan
Apakah sebenarnya berlaku?
Hanya beralaskan tikar lusuh
Mereka bangkit mengejar cita
Semangatnya luntur, kekuatannya longgar
Masih mengharapkan sinar terpancar
Walaupun wajah mereka mencerminkan kedukaan
Namun mereka tetap tabah
Menyelusuri liku-liku kehidupan
Kerana ilmu dan cita-cita
Mereka meneruskan langkah
Mengharapkan langkah yang tercipta itu
Terus membawa mereka ke gerbang kejayaan
Puisi ini ringkas..Namun itu yang dapat saya coretkan selama saya berada di bumi Indonesia. Hanya 2 minggu berada di sana, merupakan detik dan masa yang pantas berlalu mengikut rentak dan tari jarum jam. Saya bersama teman-teman HAMKA menimba terlalu banyak ilmu selama berada di sana. Perkenalan bersama rakan dari Indonesia merupakan satu anugerah yang besar nilainya. Melihat akan kehidupan anak-anak pesantran Buya Hamka yang serba kekurangan menjadikan saya makhluk Allah yang lebih kenal rasa syukur.
Kedatangan kami sempena misi 'Meneladani pemikiran Hamka dan misi kemanusiaan' merupakan salah satu langkah untuk kami menyelami kehidupan ulama Indonesia iaitu Buya HAMKA. Masih lagi saya ingat kata-kata daripada Pak Hanif tentang Buya HAMKA:
“ Jika Hamka tidak dilahirkan di Indonesia, sudah pasti ramai rakyat Indonesia keluar daripada Islam, Jika Hamka tidak menjadi budak yang nakal, sudah tentu dia tidak akan berjaya menjadi seorang yang berguna”
Besar sungguh jasa dan pengorbanan Buya Hamka dalam menegakkan agama ALLAH. Beliau juga mampu menjadi sesiapa pun dalam masa yang sama. Dialah sasterawan, dialah ahli politik, dialah ulama, dialah sejarawan dan bermacam-macam lagi..Kami terpegun mendegar cerita daripada Pak Hanif sewaktu mengunjungi Muzium Buya Hamka di Maninjau.
Kedatangan kami juga ke sana, adalah untuk membantu anak-anak pesantran Buya HAMKA yang masih lagi dalam keadaan trauma sewaktu berlakunya gempa bumi di sekitar Padang, Maninjau. Kehidupan mereka sangat sederhana. Kalau di rumah, sewaktu saya hendak membantu ibu 'blender cili' kerjanya sangat mudah..Guna sahaja teknologi tinggi iaitu mesin pengisar. Tapi sewaktu membantu anak pesantran memasak, mereka terpaksa menumbuk sendiri cili yang sangat banyak sebelum menjamah. Tabah sungguh kehidupan mereka..
Pengalaman yang paling sukar unuk saya lupakan ialah sewaktu mnyampaikan kuliah kepada ibu-ibu di sana. Ini juga merupakan perkara yang tidak pernah saya lakukan seumur hidup saya. Saya di minta untuk mengisi slot Kuliah Asiah buat para ibu di Maninjau. Merasakan diri ini masih banyak kekurangan dan tidak layak untuk menyampaikan ilmu kepada para ibu, saya kurang berkeyakinan. Jam 8 pagi saya dan rakan yang lain bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Saya memilih tajuk berkaitan wanita untuk penyampaian kuliah pagi itu. Seperti biasa apa yang saya ingin tahu ialah mengenai tetamu yang hadir. Dalam hati saya, berharap agar tidak ramai yang hadir pada hari itu. Saya memulakan salam bagi permulaan kuliah. Pada 5 minit pertama kuliah, tidak ramai yang hadir. Saya menarik nafas lega. Namun selepas 5 minit berlalu seorang demi seorang tetamu hadir. Hampir penuh kelas pada hari itu. Saya kaget. Paling membuatkan saya terkejut bilamana kuliah pada hari tersebut turut di hadiri Pak Jurong atau ketua kampung. Mana tidaknya, hari ini saya berbicara tentang hal wanita, tetapi Pak Jurong pula yang hadir.
Usai pengisian kuliah, salah seorang daripada tetamu wanita bertanya soalan kepada saya. “ Kami dah dengar tentang tanggungjawab isteri terhadap keluarga, suami dan anak-anak. Apa pula tanggungjawab suami terhadap isteri?” Merah padam muka saya dengan soalan itu. Dalam hati saya meraung. “ Saya belum berkahwin lagi mak cik”, kata dalam hati. Mujur buku rujukan yang saya bawa itu ada berkaitan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Allah benar-benar membantu saya hari itu. Alhamdulillah kuliah berjalan lancar.
Sesungguhnya saya merupakan anak muda yang masih lagi mencari jalan untuk mencipta langkah di sebalik meniti kejayaan. Bumi Indonesia mrupakan langkah awal buat saya dalam mencari ilmu yang sangat luas di dunia ini. Semoga anak-anak pesantran Buya HAMKA terus kuat dan tabah dalam hidup berdikari.Mudah-mudahan kalian akan berjaya menjadi seperti ulama HAMKA sautu hari nanti..Insyallah

0 comments:
Post a Comment