BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 10, 2010

Sengaja atau tidak?

Salam buat pembaca...

Alhamdulillah saya masih sempat mengemaskini laman blog saya..lama juga tidak berkongsi cerita bersama kalian. Apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini adalah masalah yang dihadapi seorang teman yang bergelar insan biasa. Teman yang imannya sentiasa naik dan turun. Teman yang masih lemah dalam mencari erti kehidupan.

Risau saya melihat keadaannya yang semakin hari semakin kurang istiqamahnnya dalam menancapkan ilmu di dadanya.Lebih merisaukan saya, dia juga sering memberi bermacam alasan untuk menghadiri sebarang program terutamanya program yang melibatkan jemaah. Alasan yang diberi semuanya sama, sibuk dengan urusan praktikal di sekolah, sibuk untuk menyiapkan rancangan mengajar dan bermacam lagi. Entah mengapa saya sendiri tidak senang duduk dengan perubahan sikapnya. Entah dia sengaja atau tidak untuk memberikan alasan sebegitu, saya sendiri tidak tahu.

Dia sedar perubahan sikapnya itu mula di lihat oleh mentornya sendiri. Seringkali dia mendapat panggilan telefon daripada mentor dan dia juga sedar panggilan telefon itu bertujuan untuk memberi dia nasihat agar dia tidak terus leka. Alasan yang diberi kepada mentor juga sama, urusan praktikal di sekolah, penat selepas pulang, tidur di waktu petang, dan menyiapkan kerja di waktu malam. Sedangkan dia sendiri tahu alasan itu tidak boleh diterima dan tidak perlu dijadikan bahan untuk mempertahankan dirinya... Istiqamahnya dalam jemaah juga semakin berkurangan. Keadaannya benar-benar merisaukan saya.Kalau dulu, penat dan susah pun dia, dia tetap bersama teman-teman jemaah, usrah bersama, makan bersama, ke program bersama..tapi kini lain benar rentaknya...

Dia keliru..mengapa jadi begini..mengapa dia makin hari makin malas untuk mengikuti sebarang program gerakan..dia buntu..Harapan saya untuknya hanya satu..jangan sesekali berasa penat dalam mehnah yang dihadapi kerana itu semua adalah benteng kekuatan untuknya terus maju dalam perjuangan Ilahi..

P/S : Doakan dia....

1 comments:

  1. Insyallah kak, jika kakak berniat baik dan berdoa kepadanya Allah akan memperkenankannya.
    Semoga umat islam di negara ini mendapat limpahan rahmat daripada Allah. Insyallah.
    (Ahmad GPTD Hamka)

    ReplyDelete