BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 10, 2010

Tahniah WADAH dan ABIM

Yeah!!! akhirnya ceritahati mengemaskini juga blog yang dah tebal sarangnya... alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan dalam ruangan blog ini..Mohon maaf kepada teman-teman yang dah banyak sangat memberi leteran kepada saya tentang blog yang sudah lama tidak diperbaharui 'post' nya..

Alhamdulillah saya sempat menghadiri Muktamar Serentak WADAH dan ABIM bahagian Negeri Melaka. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai pendidik, saya masih sempat lagi meluangkan masa menghadiri muktamar di samping mengenali pimpinan serta ahli WADAH dan juga ABIM. Sempat juga saya berborak bersama Pn. Maimunah Ismail yang merupakan ketua HELWA dan dia mengajak saya menghadiri usrah HELWA setiap petang Jumaat. Kata Pn. Maimunah, "duduk sahajalah dekat-dekat Melaka. Senang nak cari pelapis akan datang"

Muktamar pada pagi itu berjalan lancar dan antara fokus utama ialah untuk melaksanakan 'gelombang dua'. Terfikir juga saya apa yang dimaksudkan dengan gelombang dua. Gelombang dua merupakan antara kesinambungan yang telahpun dilakukan oleh pimpinan yang terdahulu dalam "gelombang satu". Fokus gelombang dua kali ini adalah untuk membangunkan tenaga muda ataupun lebih memfokuskan kepada golongan muda untuk menerajui dan meneruskan perjuangan dalam jalan dakwah selain daripada memberi pendedahan kepada masyarakat dengan menjadikan Islam itu sebagai nilai hidup mereka.

Pada perlaksanaan gelombang satu, banyak peningkatan yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu. Antara faktor kejayaan pimpinan terdahulu ialah terdirinya ahli sebagai pendidik dan juga ukhwah yang kuat sesama ahli. Memang benar, ukhwah sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah jemaah mahupun organisasi lain.

Walaupun ini merupakan kali pertama saya mengenali pimpinan WADAH dan ABIM peringkat negeri Melaka, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan mengadakan muktamar serentak. Moga kita semua berada dalam rahmat Ilahi.

0 comments:

Post a Comment