Lama saya melihat blog ini.Entah apa yang hendak di nukilkan..Saya juga tidak tahu.. Tiba-tiba saya mendapat pesanan sms daripada Dr. Kecil..Lama juga kami berbalas mesej dan kadangkala perbualan yang serius di selang selikan dengan guraun..Bukannya apa, cuba menenangkan hati yang gusar dari khabar yang diterima.. Masalahnya masih sama seperti 3 tahun lepas..Mungkin 'mimpi indah' belum lagi menemui mereka.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk tidak menempuhi sesuatu yang tidak pernah menjadi miliknya mahupun diharunginya.. ' Pengalaman bukan untuk dicipta, tapi perlu dihadapi', tertarik saya dengan ungkapan kata ini. Namun bukan semua mahu merasakan pengalaman tapi lebih memilih menjauhinya. Tugas adalah amanah bukan satu bebanan. Andai terus merasakan tugas itu satu bebanan, kita pasti tidak akan merasa kemanisan menjalankannya.
Sudah muak bila mendengar cerita yang sama sahaja.Hingga kini saya masih memikirkan di mana silapnya. Adakah kerana nama organisasi yang dipegang terlalu besar atau pun diri kita yang besar kepala? Tidak adakah isu yang lebih penting untuk dibicarakan daripada terus bertikam lidah tentang hal yang sudah berkurun lamanya?
Isunya tetap sama:
" Ah nak tarik dirilah, aku dah banyak terbeban"
" Mereka masih belum ada pengalaman, tak boleh bawa jawatan itu"
" Tugasan yang diberikan berat, tak mampu nak tanggung"
" Kena jemput semua, baru boleh buat keputusan"
" Kami tak sependapat, tak setuju ini, tak setuju itu"
Kalau hendak di senaraikan, sampai bila pun masalah tetap berpanjangan. Akhirnya satu persatu penghuni perahu hanyut hilang tanpa dikesan dan perahu hanyut tidak singgah ke pelabuhan.
Buat mereka di sana, sabar dan teruskan kesabaran. Moga kalian tetap berusaha dan jangan sekali berputus asa. Buat "INSAN" yang sentiasa membimbing mereka, teruskanlah walaupun fitnah sering menghantuimu. Hanya mereka yang melepasi ujian, akan menghadapi kehidupan dengan tabah.

0 comments:
Post a Comment