BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 17, 2011

Bersedia Untuk Tidak Bersedia

Ungkapan kata-kata ini sudah menjadi suatu pegangan buat saya. Sejak diperkenalkan oleh Dr.Kecil berkaitan ungkapan ini, saya sudah tidak lagi memikirkan perkara remeh yang boleh membantutkan perjalanan saya dalam mengharungi hari-hari akan datang. Nyata ungkapan ini sekali lagi menyapa saya semalam (16 April 2011).


Sedang sibuk membantu ibu di dapur bagi persediaan kenduri kepulangan kakak dari Kota Mekah, saya mendapat pesanan ringkas pada jam 12.30 tengah hari. Memang sangat ringkas mesejnya:

" Berkumpul di bangunan Al-Huda jam 1 petang. Kita akan balik hari kerana ada urusan lain."


Tatkala mendapat mesej itu, perasaan saya bercampur baur. Saya berkira-kira sama ada hendak terus membantu ibu ataupun menyertai perjalanan ahli jemaah ke Kolej Dar-Hikmah bagi menghadiri mesyuarat selari. Ditambah pula tanpa sebarang persiapan untuk mengikuti mereka, saya menjadi malas.


Lantas saya mendail nombor Dr.Kecil yang memang selalu menjadi rujukan buat saya dalam membuat keputusan. Jawapan Dr.Kecil juga ringkas. 'Jika ada yang boleh menjemput ke rumah dan keadaan tidak membebankan..pergilah...'.


Alhamdulillah, saya memilih untuk ke sana.Entah mengapa segala urusan dipermudahkan. Ibu dan ayah berlembut hati membenarkan pemergian saya. Berbekalkan 30 minit yang ada, saya mempersiapkan diri secepat mungkin dan sudah berkira-kira mahu memberi bebelan buat si penghantar mesej yang berjaya menghuru harakan keadaan saya pada hari itu.


Namun ada sesuatu yang mengajar saya pada hari itu sebagai seorang perempuan, bagaimana menggunakan masa 30 minit untuk bersiap:


* pilih sahaja baju yang berada di depan mata

* perlu bijak memperuntukkan masa berapa lama untuk menggosok baju dan tudung

* menggosok gigi dan mencuci muka

* mempersiapkan segala barang sebelum perjalanan:buku catatan,pen,telekong,dompet

* tidak perlu menggunakan sebarang alat mekap.Cukup sekadar menyapu krim dan bedak.

* membayangkan diri sedang menyertai 'explorace'

* paling penting: jangan meninggalkan ibu terkontang kanting di dapur.

* pastikan sebarang keperluan yang ibu hendak berada di kawasan dapur supaya mudah dicari.

1 comments:

  1. kah3...jun memang lawok.
    ce cite ce cite 1st time kita jumpa plak.

    ReplyDelete